Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kim Dong Hyun punya kekasih?

    Baru-baru ini, tersebar gambar penyanyi Kim Dong Hyun dilihat berpelukan dengan seorang wanita di tepi sebuah jalan.

    Menerusi komen warganet di foto berkenaan, anggota kumpulan AB6IX ini juga dikatakan naik ke sebuah bangunan rumah bersama individu yang dikatakan teman wanitanya.

    Tampil menjelaskan keadaan sebenarnya, agensi yang mewakili AB6IX memberitahu wanita berkenaan adalah teman lama kepada Kim Dong Hyun.

    “Wanita tersebut adalah rakan dari kampung halamannya. Mereka berjumpa selepas Dong Hyun makan malam bersama anggota kumpulan lain.

    “Dong Hyun mengambil teksi pulang ke rumah selepas mereka berjumpa.” – Agensi

    Agensi mewakili AB6IX menjelaskan mengenai dakwaan Kim Dong Hyun dilihat bersama seorang wanita di tepi sebuah jalan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...