Kim gesa kongres luar biasa bagi parti pemerintah

SEOUL, 20 OGOS – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah menyeru bagi kongres luar biasa bagi Parti Pekerja pada Januari untuk menyampaikan dasar ‘kelemahan’ dan pembentangan rancangan lima tahun yang baharu bagi negara terasing itu.

Kim membuat pengumuman itu pada mesyuarat penuh jawatankuasa tengah parti kelmarin, di mana dia ‘menilai pencapaian dan kelemahan’ sejak kongres terakhir pada 2016, kata agensi berita rasmi KCNA hari ini.

Dari segi terus terang luar biasa Pyongyang itu, mesyuarat itu membuat kesimpulan ‘matlamat untuk menambah baik ekonomi kerajaan itu sudah lama tertangguh’ dan taraf hidup belum lagi bertambah baik.

Kim berkata terdapatnya ‘cabaran tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan dalam pelbagai aspek dan situasi di rantau itu menyelubungi semenanjung Korea’. – AFP