Kim ikrar kukuh armada nuklear Korea Utara

SEOUL, 13 JAN – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar akan memperkuatkan senjata nuklearnya ketika berucap dalam pertemuan pemimpin tertinggi parti kerajaan itu, kata media negara itu.

Menurut laporan media itu juga, Kim juga turut merancang menguatkan tenteranya, kenyataan yang dikeluarkan menjelang beberapa hari sebelum Joe Biden mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).

“Selain menguatkan nuklear, kita perlu melakukan segalanya untuk membina tentera menjadi yang paling kuat,” kata Badan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) yang dipetik secara rasminya memaklumkan kepada Kongres Parti Buruh.

Jong Un dikatakan ingin menarik perhatian pentadbiran Biden akan datang, kata penganalisis, dengan negaranya lebih tertutup daripada sebelumnya susulan penutupan sempadan negara itu sebagai melindungi Korea Utara daripada wabak COVID-19. – AFP

Kim Jong Un bersama pegawai lain semasa hari terakhir kongres ke-8 di Pyongyang. – AFP