Friday, December 6, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Jong Kook dikecam susulan gurauan kasar

    Pelakon Running Man iaitu Kim Jong Kook sekali lagi mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet kerana didakwa tidak menjaga hati salah seorang peserta Running Man iaitu Youtuber Jonathan.

    Menerusi program Running Man, Jonathan dilihat seperti tersinggung dengan gurauan pelakon lelaki itu yang menyifatkan seperti menyindir dirinya kerana hadir ke majlis perkahwinan tanpa memberikan hadiah.

    Gurauan kasar itu dilontarkan kepada Jonathan sewaktu Jong Kook sedang berbual dengan salah seorang peserta iaitu Yoo Jae Suk.

    “Jonathan ni tidak memberi apa-apa hadiah sebagai tanda tahniah di majlis perkahwinan Jo Se-ho. Dia hanya sibuk mengisi perutnya dengan makanan,” kata Jong Kook.

    Meskipun hanya gurauan namun ia telah mencetuskan kritikan serta kecaman dalam kalangan penonton.

    Ramai warganet menyifatkan gurauan itu tidak wajar memandangkan Jonathan masih muda yang berkemungkinan juga mengalami masalah kewangan.

    “Kritik seorang anak muda awal 20-an seperti Jonathan ni memang tak wajar memandangkan tak semua orang berkemampuan; Ada sesetengah orang mungkin ada masalah kewangan yang perlu ditanggung,” komen warganet.

    Ini bukan kali pertama Jong Kook dikecam malah sebelum ini turut menerima kritikan kerana bergurau kasar dengan Ji Ye Eun kerana menyentuh isu sensitif berat badan. – Agensi

    Kim Jong Kook dikecam kerana perli Jonathan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda