Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kim Jong Min diuji positif COVID-19

    Kim Jong Min secara rasmi disahkan menghidap COVID-19.

    Berikutan diagnosisnya, agensinya JM Entertainment mengumumkan bahawa penyanyi itu akan menghentikan semua aktiviti yang dijadualkan.

    Menurut kenyataan rasmi itu, Kim Jong Min disahkan positif COVID-19 hari ini.

    Kim Jong Min berasa kurang sihat i dan terlebih dahulu menggunakan kit ujian diri, yang menunjukkan keputusan positif. Kemudian dia menjalani ujian PCR dan secara rasmi disahkan menghidap COVID-19.

    Kim Jong Min telah menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 dan dia kini telah menghentikan semua aktiviti yang dijadualkan.

    Dia telah menjalani pengasingan diri dan mengambil langkah-langkah yang perlu selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kawalan penyakit.

    Menurut JM Entertainment, “Kami akan melakukan yang terbaik untuk kesihatan dan keselamatan artis kami dengan mematuhi garis panduan pencegahan pihak berkuasa kawalan penyakit.” – Agensi

    JM Entertainment mengumumkan bahawa penyanyi itu akan menghentikan semua aktiviti yang dijadualkan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...