Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Kardashian anggap banduan ‘hero’ padam kebakaran

    Bintang program realiti, Keeping Up With Kardashians, Kim Kardashian, 44, menggesa Gabenor California, Gavin Newsom menaikkan gaji banduan yang menjadi sukarelawan bomba susulan insiden kebakaran hutan di Pacific Palisades, Los Angeles sejak awal bulan ini.

    Kardashian menerusi hantaran di cerita Instagram melahirkan rasa simpati terhadap banduan kerana tidak menerima gaji setimpal, sedangkan bertungkus lumus memadamkan api hingga ada yang terkorban.

    “Saya memerhatikan bandar kami terbakar sejak minggu lalu. Saya sempat bercakap dengan ramai petugas terpaksa berjaga sepanjang malam untuk memadamkan kebakaran dan menggunakan seluruh tenaga yang ada demi menyelamatkan komuniti.

    “Beratus banduan mempertaruhkan nyawa membantu kami memadamkan api, tetapi tidak menerima imbuhan selayaknya dengan kerja mereka.

    “Mereka seolah-olah tidak dibayar apa-apa, tapi sanggup menggadai nyawa hingga ada meninggal dunia kerana ingin membuktikan kepada masyarakat mereka sudah berubah.

    Kim Kardashian mendedahkan beratus banduan mempertaruhkan nyawa membantu memadamkan api, tetapi tidak menerima imbuhan setimpal dengan kerja. – Parade

    “Saya lihat mereka sebagai wira,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

    Terdapat 931 sukarelawan bomba di kalangan anggota bomba di Amerika Syarikat. Khidmat mereka diperlukan membabitkan kes bencana.

    Mereka dibayar sekitar RM26 sehingga RM47 sehari dan tambahan RM4.5.

    Banduan yang secara sukarela menjadi bomba dapat memendekkan tempoh hukuman, selain rekod jenayah akan dipadam sekiranya berkelakuan baik.

    Dalam hantaran itu, Kardashian menyeru kepada Gavin Newsom menaikkan tangga upah banduan yang tidak berubah sejak empat dekad lalu kepada RM22.51 sejam.

    “Buatlah apa yang gabenor lain tak pernah lakukan sejak empat dekad lalu dan naikkan upah bersesuaian dengan pengorbanan mereka menyelamatkan nyawa dan kediaman,” katanya juga pejuang keadilan jenayah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda