Kim Kardashian, Pete Davidson sah bercinta

Gosip cinta pelawak Pete Davidson dengan personaliti TV terkenal Kim Kardashian mula berterbangan selepas mereka dilihat menikmati makan malam bersama awal November baru-baru ini.

Lebih menguatkan lagi spekulasi Kim bercinta dengan Pete apabila foto me-reka keluar bersama sambil berpegangan tangan menjadi tular. Foto kemesraan Kim dengan bekas tunang kepada penyanyi Ariana Grande itu sempat dirakam ketika mereka di Palm Springs, California pada Khamis lalu.

Malah, pelawak itu juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 di rumah ibu kepada Kim iaitu Kris Jenner baru-baru ini.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu masih mengunci mulut mengenai hubungan cinta yang dilaporkan terjalin sejak awal November.

Sebelum ini, penyanyi rap Kanye West menegaskan dia dengan Kim masih lagi pasangan suami isteri memandangkan mereka belum lagi disahkan bercerai.

Pada Mac lalu, Pete digosipkan sedang bercinta dengan pelakon drama siri popular berjudul Bridgerton iaitu Phoebe Dynevor.

Manakala Kim pula sudah berpisah dengan penyanyi terkenal Kanye West selepas memfailkan perceraian pada Februari lalu. – Agensi

Foto kemesraan Kim dengan Pete sempat dirakam ketika mereka di Palm Springs, California pada Khamis lalu. – Agensi