Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kim Kardashian, Scott Disick disaman?

    Kim Kardashian dan Scott Disick (gambar) disaman sebanyak AS$40 juta (RM181 juta) selepas mempromosikan perjudian loteri dan juga scam dalam akaun Instagram masing-masing.

    Difahamkan, peserta dijanjikan dengan hadiah-hadiah seperti tiket penerbangan kelas pertama ke Los Angeles, percutian tiga malam di Beverly Hills dan juga wang tunai sebanyak AS$100,00 (RM453,000).

    Bagaimanapun, dakwaan permainan tersebut merupakan satu penipuan dipertikaikan, dengan sumber yang rapat dengan Curated Businesses, syarikat Australia yang menganjurkan loteri berkenaan memberitahu TMZ bahawa mereka mempunyai bukti bahawa terdapat pemenang yang sah.

    Plaintif mendakwa, penyertaan mereka menerusi peraduan itu menyebabkan mereka menerima banyak iklan selepas maklumat peribadi mereka telah dijual.

    Scott dituduh sebagai penganjur loteri itu, dengan ahli keluarga Kardashian-Jenner lain seperti Kylie Jenner, Kris Jenner, Kourtnet Kardashian dan Khloe Kardashian bertanggungjawab mempromosikannya. TMZ melaporkan yang hanya Kim dan Scott dinamakan dalam tindakan saman berkenaan.

    Menerusi laman sesawangnya, Curated Businesses menjelaskan tentang proses pemilihan pemenang dan menyediakan senarai pemenang dari 2019 hingga 2022.

    Menerusi bahagian soalan lazim mengenai bagaimana pemenang dipilih, Curated Businesses menulis: “Kami menggunakan fasilitator pihak ketiga untuk menjalankan cabutan rawak bagi peserta yang layak.

    “Pihak ketiga itu telah disahkan oleh kerajaan Australia. Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Australia, kami juga menggunakan perkhidmatan pemeriksa bebas yang berkelayakan sepenuhnya untuk mengawasi cabutan rawak,” tulis laman sesawang berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...