Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Kardashian terima gelaran ‘The Fashion Icon’

    Ketika mendapat gelaran sebagai The Fashion Icon, Kim Kardashian mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya Kanye West yang banyak mengubah dirinya dari segi gaya.

    Memetik laporan Pagesix, Kim K berkata penyanyi rap Kanye West banyak memberi pengaruh positif kepada dirinya dan akui bekas suami adalah sumber inspirasinya.

    “Terima kasih kepada Kanye kerana telah memperkenalkan saya kepada dunia fesyen.

    “Saya rasa hubungan saya dengan Kanye mengubah segalanya. Dia sumber inspirasi saya dalam fesyen.

    “Dulu, saya rasa fesyen yang saya gayakan adalah yang terbaik. Namun selepas saya menoleh kembali ke belakang saya jadi malu,” katanya.

    Walaupun telah bercerai namun Kim K dan Kanye West atau kini mahu dikenali sebagai Ye masih mempunyai hubungan yang baik.

    Kim Kardashian, 40, dan Kanye West, 43, bercerai pada Februari lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) selepas kemelut rumah tangga yang berlaku antara mereka. – Agensi

    Kim Kardashian berterima kasih kepada Kanye West yang membawa dia menceburi bidang fesyen. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda