Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Kim Kardashian tidak berminat jalin hubungan cinta

    Selibriti terkenal, Kim Kardashian nampaknya sudah tidak berminat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki selepas rumah tangga bersama penyanyi rap, Kanye West kecundang.

    Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Kim ketika ditanya soal teman hidup dalam temu bual program Kelly & Ryan baru-baru ini.

    “Sama sekali tidak ada,” katanya.

    Bagaimanapun bintang Keeping Up With The Kardashians itu mengakui dia berkemungkinan akan mencari cinta lelaki bukan dalam kalangan orang industri hiburan sebagai teman hidup.

    “Sebelum ini saya pernah cakap untuk berkenalan dengan doktor ataupun saintis. Jadi, beberapa orang peguam dan juga saintis ingin berkenalan dengan saya. Tetapi saya belum bersedia,” jelasnya.

    Kim juga memaklumkan bahawa dia kini hanya mahu menumpukan hidupnya bersama anak-anak yang sedang membesar.

    “Saya tak mencari sesiapa. Saya rasa cukup untuk fokus pada diri sendiri dan meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya.

    Untuk rekod, Kim baru sahaja bercerai dengan Kanye sebelum menjalinkan hubungan bersama pelawak, Pete Davidson. – Agensi

    Kim mahu focus pada anak-anak dan diri sendiri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...