Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kim Min Kyo dihukum dua tahun di bawah pengawasan

    Gara-gara tidak mengawasi anjing peliharaan dengan betul, pelakon Kim Min Kyo dijatuhkan hukuman dua tahun di bawah pengawasan.

    Menurut laporan AllKpop, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut kerana Kim gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemilik haiwan berkenaan sehingga menyebabkan kematian seorang wanita warga emas.

    “Kim Min Kyo gagal memberi perhatian dalam hal menjaga haiwan peliharaan sehingga menyebabkan kematian.

    “Tertuduh mengaku bersalah dan telah menyelesaikan masalah ini dengan keluarga mangsa.

    “Hukuman yang dijatuhkan adalah untuk memastikan kejadian sama tidak berulang,” jelas kenyataan hakim mahkamah seperti dipetik media tempatan.

    Bagaimanapun Kim juga berdepan dengan hukuman penjara selama lapan bulan jika kesalahan sama berulang dalam tempoh dua tahun tersebut.

    Dalam kejadian yang berlaku, anjing milik Kim dikatakan memasuki kawasan wanita itu yang merupakan jirannya.

    Wanita usia 80an itu dimasukkan ke hospital kerana cedera teruk di bahagian tangan dan kaki sebelum meninggal dunia dua bulan kemudian. – Agensi

    Gara-gara tidak mengawasi anjing peliharaan dengan betul, Kim Min Kyo dijatuhkan hukuman dua tahun di bawah pengawasan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...