Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Myung Soo jadi kucing, Shin Ye Eun jadi anjing?

    KBS 2TV akan mengeluarkan drama terbaru ‘Meow the Secret Boy’ telah menampilkan pelakon Kim Myung Soo.

    Meow the Secret Boy merupakan kisah Hong Jo (Kim Myung Soo), seekor kucing yang boleh berubah menjadi seorang lelaki dan Kim Sol Ah (Shin Ye Eun), seorang wanita yang mempunyai pesona seperti anjing.

    Walaupun Hong Jo boleh menjadi manusia, dia tidak mengetahui bagaimana atau mengapa dia boleh berubah. Selepas Hong Jo dibuang oleh pemiliknya yang terdahulu, Kim Sol Ah yang telah menjaga dia, membawa kedua-duanya bersama dalam satu rumah.

    Drama baharu tersebut, Hong Jo kelihatan tertekan sambil memegang payung kuning di pagi yang cerah, mengeluh sambil berjalan mengelilingi kawasan kejiranan.

    Dalam kesedihan itu, dia tersenyum selepas melihat buku gambar kanak-kanak dengan rasa ingin tahu.

    Penonton sangat teruja untuk mengetahui mengapa Hong Jo menggunakan payung pada hari yang cerah dan merasa sedih.

    Penggambaran itu dibuat di daerah Jongno di Seoul pada 17 Disember, dan Kim Myung Soo bekerja dengan pelakon kanak-kanak.

    Semasa latihan, dia terus berlatih dengan pelakon kanak-kanak itu untuk membiasakan pelakon muda itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda