Kim Sung Kyung pernah hidup susah.. bapa muflis, bawa kereta buruk

Ramai orang menyangka pelakon Lee Sung Kyung hidup dalam kemewahan kerana memiliki keluarga kaya, namun hakikat sebenarnya dia pernah berdepan kesempitan hidup semasa usia mudanya.

Menurut laporan AllKpop, pelakon drama Weightlifting Fairy Kim Bok-joo ini mendedahkan keluarga pernah hidup susah sehingga terpaksa berpindah randah selepas bapanya jatuh muflis.

“Semasa saya berusia empat tahun, ayah saya memiliki sebuah kilang tetapi terjadi kebakaran sehingga menyebabkan perniagaan bankrap.

“Kami terpaksa berpindah di apartment seluas 249 kaki persegi sehinggalah saya sekolah menengah.

“Rumah saya itu terlalu kecil sampai kawan-kawan bertanya… macam mana saya tinggal di rumah itu? Saya sangat malu! Pernah ayah bawa kereta rosak, saya minta dia turunkan saya,” katanya. Meskipun berdepan kesempitan hidup, Lee Sung Kyung berkata dia dibesarkan dengan baik oleh kedua ibu bapanya.

Pengalaman hidup itu juga mengajarnya untuk lebih bersyukur dan menghargai segala nikmat yang dimiliki.

“Rumah kecil kami sentiasa positif… kami semua mengimpikan untuk memiliki rumah lebih besar. Saya selalu berdoa bersama keluarga.

“Pada akhirnya, adakah kehidupan saya lebih baik jika dibesarkan dalam keluarga kaya? Jawapannya tidak.

“Itu adalah kenangan yang membuatkan saya sentiasa bersyukur kerana pernah melaluinya,” ujarnya. – Agensi

Kim Bok-joo dedah pengalaman hidup semasa dia masih kanak-kanak. – Agensi