Kim terbuka kepada rundingan

SEOUL, 15 April – Presiden Korea Selatan Moon Jae-in sedia untuk pergi ke mana saja untuk bertemu Kim Jong Un bagi sidang kemuncak keempat, katanya, hari ini, memuji kesanggupan pemimpin Korea Utara untuk menyelamatkan rundingan berprofil tinggi bersama Amerika Syarikat (AS).

Kim berkata pada Jumaat dia terbuka kepada mesyuarat ketiga bersama Presiden AS, Donald Trump jika Washington menawarkan ‘terma-terma yang boleh diterima secara bersama’ selepas sidang kedua mereka di Hanoi tidak mencapai kejayaan berhubung permintaan Pyongyang bagi bantuan sekatan segera. Moon, yang menjadi broker bagi rundingan antara Washington dan Pyongyang, mengalu-alukan ‘komitmen teguh Kim bagi penghapusan nuklear semenanjung Korea’ dan menyeru bagi apa yang digelar mesyuarat keempatnya bersama pemimpin Korea Utara.

“Sebaik saja Korea Utara bersedia, saya berharap dua Korea akan dapat duduk bersama, di mana pun tempat dan bentuknya,” kata Moon memberitahu mesyuarat bersama pembantu-pembantu tertingginya.

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan sidang antara Korea menjadi batu loncatan bagi peluang lebih besar dan lebih banyak hasil signifikan.”

Ucapan itu muncul selepas sidang ringkas Moon bersama Trump di Rumah Putih minggu lalu ketika dia cuba untuk menghidupkan semula diplomasi tertangguh. – AFP