Kim Woo Bin rancang bina rumah tangga

Enam tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Korea iaitu Kim Woo Bin dan Shin Min Ah dilaporkan sudah membuat perancangan untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Memetik laporan Pinkvilla, perancangan untuk berkahwin itu dibuat selepas keadaan kesihatan Kim Woo Bin yang sebelum ini mengidap kanser tekak atau nasofaring sudah pulih sepenuhnya.

“Mendengar khabar angin daripada orang terdekat pasangan itu, mereka sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini,” kata sumber.

Kim Woo Bin disahkan mengidap penyakit tersebut sekitar 2017 dan mengambil masa hampir dua tahun memberi tumpuan kepada pemulihannya.

Pelakon drama siri Uncontrollably Fond kembali aktif dalam dunia seni pada tahun lalu selepas keadaan kesihatannya semakin pulih.

Pasangan selebriti itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 namun percintaan mereka hanya diketahui sejak 2019. – Agensi

Kim Woo Bin merancang untuk berkahwin selepas keadaan kesihatannya pulih sepenuhnya di mana sebelum ini dia mengidap kanser tekak. – Agensi