Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kim Woo Bin tidak diberi watak kekasih Shin Min Ah?

    Selepas enam tahun berehat kerana bertarung dengan penyakit kanser, pelakon Kim Woo Bin bakal muncul semula dalam drama terbaharu berjudul Our Blues.

    Menarik tentang drama ini, ia turut menampilkan Shin Min Ah yang merupakan kekasih kepada Woo Bin.

    Bagaimanapun menurut penulis skrip drama, Noh Hee Kyung, mereka tidak digandingkan sebagai pasangan bercinta kerana bimbang kedua-dua akan menolak tawaran ini jika menjadi pasangan dalam drama.

    “Saya pasti mereka akan katakan tidak jika digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam drama ini.

    Jadi saya tawarkan untuk berlakon sama tetapi melalui jalan cerita cinta yang berbeza dan mereka tidak ada masalah untuk menerimanya.

    “Kedua-duanya sangat profesional dan saya tidak bimbang untuk tawarkan berlakon dalam drama sama,” jelasnya dipetik dari All Kpop.

    Sementara itu dalam keterujaan kembali berlakon, Woo Bin turut meluahkan rasa gementar kerana sudah lama tidak tampil dengan drama baharu.

    “Lama saya berehat dan rasa sangat gementar. Saya bersyukur dapat kembali berlakon dan berikan sesuatu kepada peminat.

    Apabila diberitahu berlakon dengan barisan pelakon hebat, saya juga jadi gementar dan dalam masa sama amat teruja,” jelasnya. – Agensi

    Woo Bin dan kekasih terima tawaran berlakon sama dalam drama terbaharu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...