Kimi membentuk di luar pantai Australia

BRISBANE, AUSTRALIA, 17 JAN – Siklon tropika membentuk di timur laut pantai Australia hari ini, mengancam pusat pelancongan Cairns dengan angin memusnahkan berkelajuan 130km sejam.

Siklon tropika, Kimi merupakan ribut Kategori Satu dengan kekuatan angin 65kmsj namun pakar meteorologi berkata ia mungkin bertambah kuat kepada Kategori Kedua ketika ia menyeberangi pantai lewat esok.

Biro Meteorologi meramalkan ia kelihatannya akan melanda antara bandar Cooktown dan Port Douglas, dengan angin kencang sehingga ke selatan Cairns.

Hujan lebat juga dijangka melanda kawasan tersebut dengan penduduk diberi amaran mengenai banjir. – AFP