Kimmich berehat hingga Januari

BERLIN, 9 DIS – Bayern Munich berkata hari ini bintang pemain tengah Joshua Kimmich tidak akan kembali beraksi sehingga Januari ketika dia pulih daripada kerosakan paru-paru akibat COVID-19.

Kimmich, yang belum menerima suntikan vaksin, diuji positif COVID-19 pada bulan lalu.

“Saya gembira pengasingan kendiri saya disebabkan koronavirus telah berakhir,” kata Kimmich, dijangka menjadi salah seorang pemain utama Jerman untuk beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Saya sihat, tetapi saya masih belum boleh berlatih sepenuhnya disebabkan terdapat sedikit peresapan dalam paru-paru saya.

“Dengan itu, saya akan menjalani latihan pemulihan dan tidak sabar-sabar untuk kembali beraksi sepenuhnya pada Januari.”

Pemain tengah itu akan terlepas perlawanan Bayern di laman sendiri menentang FSV Mainz pada Sabtu, perlawanan di Stuttgart pada 14 Disember dan perlawanan akhir tahun ini menentang Wolfsburg di Arena Allianz pada 17 Disember. – AFP