Kimmich dikuarantin kerana kontak rapat COVID-19

BERLIN, 10 NOV – Pemain bintang Bayern Munich yang tidak divaksin, Joshua Kimmich adalah salah seorang daripada lima pemain dalam pasukan bola sepak kebangsaan Jerman yang terpaksa dikuarantin selepas seorang disahkan positif COVID-19, kata persekutuan Jerman (DFB) kelmarin.

Pemain yang dijangkiti, Niklas Suele, telah diberi vaksin sepenuhnya dan pada masa ini tidak mempunyai gejala, tambah DFB.

Rakan sepasukan Bayern, Kimmich, Serge Gnabry dan Jamal Musiala, telah diminta untuk mengasingkan diri kerana mereka adalah kontak rapat, walaupun mereka telah diuji negatif, kata ketua pengarah DFB, Bierhoff.

“Berita ini, yang datang begitu hampir sebelum kelayakan Piala Dunia peringkat akhir, adalah pahit untuk pasukan kejurulatihan dan juga untuk Die Mannschaft,” kata Bierhoff.

Kes berprofil tinggi terkini datang ketika Jerman sedang melawan lonjakan jangkitan baharu, dengan kadar COVID-19 tujuh hari mencapai rekod baharu kelmarin.

Ia juga meletakkan perhatian sekali lagi kepada Kimmich, yang telah mencetuskan perdebatan sengit di negara itu bulan lalu apabila dia mendedahkan memilih untuk tidak mendapatkan vaksin, kerana ‘kebimbangan peribadi’.

Perkata itu mendorong Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer menegurnya secara langung menggesa untuk memikirkan semula keputusannya kerana ‘vaksinasi adalah senjata utama dalam memerangi wabak’. – AFP

Joshua Kimmich adalah salah seorang daripada lima pemain dalam pasukan bola sepak kebangsaan Jerman yang terpaksa dikuarantin. – AFP