Kimmich, Moting positif COVID-19

BERLIN, 25 NOV – Bayern Munich mengesahkan pemain tengah Joshua Kimmich dan penyerang pelapis, Eric Choupo-Moting yang mana kedua-duanya tidak divaksin diuji positif COVID-19.

“Joshua Kimmich dikuarantin di rumah selepas diuji positif. Pemain tengah FC Bayern itu dalam keadaan baik,” kata kenyataan kelab.

Pemain antarabangsa Jerman, Kimmich dan Cameroon, Choupo-Moting selain Jamal Musiala dan Serge Gnabry turut dikuarantin ke-rana kontak rapat.

Bayern yang kembali ke Munich selepas melakar kemenangan 2-1 di Dynamo Kiev dalam aksi Liga Juara-Juara memaklumkan Choupo-Moting kini dalam keadaan baik.

Kimmich, 26, mencetuskan perdebatan di Jerman bulan lalu selepas mengakui dia setakat ini memilih untuk tidak divaksin atas ‘sebab peribadi’.

Berita itu mencetuskan kemara-han segelintir peminat Bayern kerana penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak di Jerman mesti membuktikan mereka divaksin sepenuhnya atau pulih dari COVID-19 manakala pemain pula sekadar menunjukkan keputusan ujian mereka negatif.

Sementara itu, majalah Bild dan Kicker mendakwa Gnabry dan Musiala kini membenarkan diri mereka divaksin. – AFP

Gambar pada 6 November menunjukkan reaksi JoshuaKimmich semasa perlawanan Bundesliga di antara BayernMunich dan SC Freiburg di Munich, selatan Jerman. Kimmich diuji positif COVID-19 semalam. – AFP