Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kimmich selamatkan Bayern Munich

    MUNICH, 25 JAN – Gol penyamaan pada minit ke-90 daripada pemain tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich menyelamatkan pasukan daripada kekalahan kedua musim ini, selepas Bayern mencatatkan keputusan seri 1-1 di laman sendiri menentang Cologne kelmarin.

    Cologne, yang meledak tujuh gol mengalahkan Bremen pada Sabtu, meneruskan kecemerlangan, memberi tekananan kepada Bayern melalui sepakan sudut selepas hanya tiga minit.

    Pemain pertahanan Cologne, Julian Chabot mengekalkan bola di udara dari sepakan sudut, menemui Ellyes Skhiri yang tidak dikawal di sudut tiang untuk pemain antarabangsa Tunisia itu menjaringkan gol dari jarak dekat.

    Pasukan pelawat hampir menggandakan jaringan selepas 29 minit permainan tetapi penjaga gol Bayern, Yann Sommer melakukan aksi menyelamat yang cemerlang, menghalang rembatan Skhiri dan Denis Huseinbasic.

    Cologne bertahan daripada serangan Bayern dan kelihatan bersedia untuk meraikan kemenangan pertama mereka di Bayern sejak 2009, tetapi pemain tengah Kimmich menjaringkan gol dan memberikan satu mata berharga untuk tuan rumah pada minit terakhir perlawanan.

    Reaksi Joshua Kimmich selepas menjaringkan gol penyamaan semasa perlawanan bola sepak Bundesliga menentang FC Cologne. – AP

    Pengurus Cologne, Steffen Baumgart berkata dia ‘sedikit kesal’ mengenai gol lewat penyamaan tetapi “berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi yang kami tunjukkan. Kami menunjukkan pasukan yang sangat baik dan prestasi yang sangat baik.”

    Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann berkata pasukannya “mempamerkan permainan yang sangat baik pada separuh masa kedua” tetapi dua keputusan seri daripada dua perlawanan pada 2023 “adalah terlalu sedikit untuk apa yang kami mahu.

    “Malangnya ia tidak cukup pada akhirnya,” katanya.

    Kimmich cuba mengalihkan tumpuan jurulatih Nagelsmann, memberitahu TV Jerman “ia bukan tentang taktik, ini tentang persediaan.”

    Keputusan seri 1-1 kedua berturut-turut Bayern bermakna Union Berlin, Eintracht Frankfurt atau Freiburg boleh mengejar pendahuluan Bayern di puncak kepada tiga mata apabila mereka bermain hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...