Kinga dilantik penasihat presiden Poland

WARSAW, POLAND, 17 SEPT – Presiden Poland, Andrzej Duda telah melantik anak perempuannya yang berusia 25 tahun, Kinga, menjadi penasihat tidak bergaji mengenai isu sosial.

Presiden menekankan di Twitter lewat semalam bahawa anak perempuannya bekerja sebagai anggota sukarelawan dan ‘tidak menerima sebarang bayaran.’

Namun pelantikan itu mencetuskan beberapa dakwaan oleh pengkritik Duda dan parti sayap kanan yang menyokongnya, Undang-Undang dan Keadilan.

Kinga Duda, seorang peguam, telah pun digelar oleh pengkritik presiden sebagai ‘Ivanka Trump Poland,’ dalam rujukan kepada anak perempuan Presiden Donald Trump, yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran AS.

Kinga Duda sebelum ini belum memegang peranan dalam kempen presiden bapanya, yang memenangi penggal lima tahun pertama pada 2015 dan dipilih semula pada Julai.

Bagaimanapun, beliau menarik perhatian negara dengan ucapan pada malam pilihan raya pada Julai di mana beliau menyeru semua orang dalam masyarakat harus dihormati meskipun perbezaan mereka. Ia dilihat sebagai satu percubaan untuk melembutkan imej bapanya.

Kinga Duda menyampaikan mesej dengan menyatakan bahawa semua orang harus berasa selamat dan diterima di mana saja mereka berada. – AP

Gambar fail 12 Julai 2020 menunjukkan Presiden Poland disertai isteri Agata Komhauser-Duda (kanan) dan anak perempuan Kinga Duda pada malam pilihan raya di Pultusk, Poland. – AP