LOS ANGELES, 6 Feb – Pasukan Sacramento Kings mengejutkan Golden State Warriors 109-106 pada masa tambahan semalam menentang pesaing pendahulu mereka dalam Western Conference.
Pemain penyerang utama Kings, DeMarcus Cousins menjaringkan enam dari 32 mata pada masa tambahan dan juga menyumbang 12 ‘rebound’ dan sembilan asis.
Matt Barnes menghasilkan ‘double-double’ dari 11 mata dan 14 ‘rebound’ ketika Sacramento menyerahkan Warriors kekalahan kelapan mereka musim ini berbanding 43 kemenangan.
Stephen Curry mengetuai Warriors dengan 35 mata dan sembilan asis.
Dia menghasilkan lapan ‘three-pointer’, tetapi dalam masa beberapa saat masa tambahan terlepas dua peluang yang boleh memberikan Warriors pendahuluan.
Selepas dua lontaran percuma Darren Collison dengan perlawanan berbaki 2.5 saat membolehkan pasukan Kings pendahuluan 109-106, Warriors memiliki satu lagi peluang.
Draymond Green, membuka persaingan bagi ‘three pointer’ di bahagian atas ‘arc’, namun satu percubaan melantun keluar dari rim.
Jurulatih Warriors, Steve Kerr tidak berada di tepi gelanggang untuk melihatnya. Dia berang pada suku ketiga apabila Green diberikan teknikal bagi kekasaran ke atas rakan sepasukan Kevon Looney.
Kerr meluru di tengah gelanggang, di mana pembantu jurulatih, Mike Brown menahannya, tetapi diketepikan dari perlawanan.
Episod itu meningkat dengan tegang, tetapi Warriors tidak dapat mencari permainan biasa mereka.
Pemain All-Star, Kevin Durant mengalami kesukaran lontaran, menghubungkan hanya dua daripada 10 dan menamatkan dengan hanya 10 mata.
“Kami mendapatkan apa yang selayaknya, sebelum ini saya dihalau,” kata Kerr.
“Ia adalah antara perlawanan yang paling teruk pernah kami lalui sepanjang musim. Kami tidak mempunyai tujuan, bola tidak bergerak, malah saya tidak mengenali pasukan kami malam ini. – AFP