Kini Junta buru 120 selebriti antikudeta

YANGON, 8 APRIL – Seorang pelakon, penyanyi dan model popular di negara itu yang menyokong gerakan antirampasan kuasa telah ditangkap hari ini, kata kakaknya ketika junta memburu lebih 100 selebriti yang menyokong gerakan itu.

Negara yang sudah digegarkan dengan bantahan harian sejak tentera merampas kuasa pada 1 Februari dengan pihak berkuasanya melancarkan tindakan keras ke atas penentang menyebabkan ratusan terbunuh manakala 2,500 lagi ditangkap.

Paing Takhon, 24, seorang bintang di Myanmar dan Thailand terlibat aktif dalam gerakan bantahan semasa perhimpunan dan dalam laman media sosial.

“Kira-kira 50 askar bersama lapan trak tentera,” datang menangkapnya dari rumah ibunya di Dagon Utara, Yangon awal hari ini,” kata kakaknya Thi Thi Lwin dalam Facebook. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 11 Februari menunjukkan Paing Takhon ketika mengadakan bantahan di hadapan kedutaan China di Yangon. – AFP