WELLINGTON, 23 Sept – Kegemparan tentang buah strawberi Australia telah merebak ke New Zealand dengan satu rangkaian pasar raya mengumumkan hari ini bahawa jarum-jarum telah ditemui dalam sebuah kotak buah dari negara jiran.
Rangkaian pasar raya Countdown berkata, ia tidak lagi menjual satu jenama buah strawberi Australia selepas satu bekas yang telah disabotaj, sebuah kotak plastik, dijual di sebuah kedai Auckland.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)