Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kini New Zealand pula digemparkan ‘jarum strawberi’

    WELLINGTON, 23 Sept – Kegemparan tentang buah strawberi Australia telah merebak ke New Zealand dengan rangkaian sebuah pasar raya mengumumkan hari ini bahawa jarum-jarum telah ditemui dalam sebuah kotak buah dari negara jiran.

    Rangkaian pasar raya Countdown berkata ia tidak lagi menjual satu jenama buah strawberi Australia selepas satu bekas yang telah disabotaj, sebuah kotak plastik, dijual di sebuah kedai Auckland.

    Buah strawberi dari negeri Barat Australia telah dijual di kedai-kedai Countdown di seluruh negara minggu lalu dan hanya satu insiden dilaporkan.

    “Kami amat mengambil serius tentang keselamatan makanan,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, dengan menambah kata ia sedang berhubung dengan pihak berkuasa yang menyiasat insiden jarum yang ditemui dalam buah strawberi di Australia dalam beberapa minggu kebelakangan.

    Countdown menasihatkan para pelanggan supaya memotong mana-mana buah strawberi Australia sebelum memakannya.

    Salah seorang petani di Australia menunjukkan buah strawberi di ladangnya pada 20 September 2018. Kegemparan mengenai jarum dalam buah strawberi kini menimpa New Zealand selepas sebuah pasar raya menemui jarum pada strawberi pada sebuah kotak. – AFP

    Menurut kenyataan itu tidak ada laporan tentang kecederaan atau jatuh sakit dilaporkan di New Zealand.

    Ia menambah bahawa jenama buah strawberi yang terbabit dalam penarikan balik ‘sebelum ini tidak terlibat dalam sebarang isu sebegini yang telah dilaporkan dan tidak pernah ditarik balik dari penjualan di Australia.”

    Di Australia, dikatakan lebih 100 insiden pin dan jarum yang ditemui dalam buah ini telah dilaporkan sejak kegemparan bermula di Queensland awal bulan ini.

    Kebanyakannya dikatakan usikan atau gurauan di media sosial, tetapi dua orang dibawah umur disoal siasat oleh pihak polis kerana melakukan tipu helah.

    Woolworths Australia, syarikat induk Countdown, telah menarik balik penjualan jarum sebagai langkah awal berjaga-jaga’ ketika pihak polis memburu penjenayah sebenar di tengah-tengah berlakunya siri peniruan.

    Minggu lalu kerajaan Australia menaikkan hukuman penjara maksimum bagi sebotaj buah dari 10 hingga 15 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda