Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Kini selesa di rumah baharu

-

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Atin & Modtech Corporation Sdn Bhd

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 DIS – Dua buah keluarga kini mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa apabila menerima rumah bantuan di Kampung Lumapas di bawah pengendalian Jawatankuasa Projek Bantuan Perumahan Golongan Daif, Fakir dan Miskin melalui Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang berkaitan selaku urus setianya.

Majlis penyerahan sijil kesiapan rumah telah diadakan hari ini di rumah-rumah para penerima di Kampung Lumapas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku yang di-pertua Majlis Ugama Islam.

Dayang Sihar binti Sidop menerima rumah bertiang yang mempunyai tiga bilik dengan kos pembinaan berjumlah $77,051.50 manakala itu, Dayang Fatinah binti Bini pula menerima rumah bertiang yang mempunyai empat buah bilik dengan kos pembinaan berjumlah $85,634.

Dengan adanya skim agihan zakat untuk pembinaan rumah berkenaan diharapkan akan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh penerima, serta memudahkan mereka melaksanakan ibadah kepada Allah SWT, di samping menyuntikkan semangat penerima supaya terus berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Ugama Islam Brunei dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan sentiasa berusaha meringankan kesulitan yang ditanggung oleh orang-orang daif, fakir dan miskin serta mereka yang memerlukan bantuan.

Antara usaha memelihara kebajikan mereka ialah dengan memastikan mereka memiliki tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat untuk didiami.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menyerahkan sijil kesiapan rumah kepada salah seorang penerima.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyampaikan sijil kesiapan rumah kepada salah seorang penerima.
Gambar menunjukkan rumah bertiang yang diberikan kepada salah seorang penerima.

 

Artikel sebelum iniKerjasama pertahanan dua hala
Artikel seterusnyaMeringkuk 25 tahun
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -