Kira-kira 150 juruterbang disiasat miliki lesen palsu

ISLAMABAD, 25 JUN – Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan berkata hari ini ia telah menggantung hampir satu pertiga juruterbangnya kerana memegang lesen palsu atau diragui, sebulan selepas sebuah daripada pesawatnya terhempas ke kawasan kediaman membunuh 98 orang.

Langkah itu muncul selepas kerajaan menyiarkan laporan awal ke atas kemalangan 22 Mei di Karachi.

Penyiasat sebahagian besarnya menyalahkan dua juruterbang, yang tidak mengendahkan protokol penerbangan dan telah membincangkan wabak koronavirus ketika percubaan pertama mereka untuk mendaratkan Airbus A320.

Jurucakap PIA, Abdullah Hafeez Khan memberitahu AFP yang siasatan kerajaan tahun lalu telah mendapati kira-kira 150 daripada 434 juruterbangnya membawa ‘lesen sama ada palsu atau diragui’.

“Kami telah memutuskan untuk menggantung kerja 150 juruterbang dengan lesen palsu serta-merta,” katanya. – AFP