Kira-kira 30 hilang kapal karam di Kepulauan Canary

MADRID, 31 OGOS – Kira-kira 30 orang pelarian dari sub-Sahara Afrika dipercayai hilang di laut ketika cuba menyeberang ke Kepulauan Canary, sementara lebih dari 30 lagi diselamatkan oleh pengawal pantai, kata pegawai Sepanyol hari ini.

Penyelamat dari Salvamento Maritimo berkata mereka telah menemui 32 pelarian di atas sebuah kapal karam di luar Pulau Fuerteventura awal pagi hari ini, serta satu mayat.

Mangsa terselamat berkata kapal itu membawa sekitar 60 orang ketika berlayar, kata sumber perwakilan kerajaan Sepanyol kepada AFP.

Caminando Fronteras, sebuah NGO Sepanyol yang memantau panggilan kecemasan, berkata dua kapal hilang, sebuah membawa 42 penumpang dan sebuah lagi membawa 59 orang, dan terdapat kekeliruan mengenai mana satu yang ditemui. – AFP