DOUALA, 28 Okt – Polis Cameroon telah memberkas kira-kira 50 orang penyokong tokoh pembangkang Maurice Kamto semalam, ketika satu perarakan haram diadakan di Douala, menurut jurucakapnya.
“Penahanan besar-besaran terhadap aktivis (Michele Ndoki dan kira-kira 50 yang lain) dan para penyokong yang mengadakan tunjuk perasaan secara aman hari ini (semalam),” kata jurucakap, Olivier Bibou-Nissack, melalui Facebook.
Para penunjuk perasaan diberkas semasa satu perhimpunan di Douala, ibu negara ekonomi Cameroon.
Di antara mereka adalah seorang wartawan yang membuat liputan mengenai perhimpunan itu, menurut sumber. – AFP