Kiribati benarkan perikanan di taman laut

WELLINGTON, 15 NOV – Negara kepulauan Pasifik, Kiribati, hari ini mempertahankan rancangannya untuk membuka salah satu rizab marin terbesar di dunia bagi industri perikanan, meskipun ia dilabel sebagai langkah yang dibuat atas tekanan China.

Aktivis alam sekitar mengkritik China melakukan penjajahan secara berselindung di mana negara kaya menawarkan pinjaman atau hutang dan mengeksploitasi tanah, sumber asli serta tenaga buruh negara miskin sebagai ganti.

Rancangan itu mengancam penyenaraian Tapak Warisan Dunia bagi Kawasan Terlindung Kepulauan Phoenix, sebuah taman laut seluas Greenland yang terletak di antara New Zealand dan Hawaii.

Ia merangkumi kawasan seluas kira-kira 408,000 kilometer persegi taman laut yang menjadi ekosistem terumbu karang serta ekosistem lautan yang menyokong kehidupan laut seperti tuna, penyu, ikan terumbu dan jerung.

Kawasan itu pernah diisytiharkan sebagai zon larangan tangkapan ikan pada 2015, sekali gus menghalang kapal nelayan komersial daripada beroperasi di perairan yang bersih itu. – AFP