Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Kisah lama Rizky mula dibongkarkan peminat

Nama Rizky Billar terus menjadi bualan ramai selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora.

Tidak hanya isu tersebut diperkatakan, kisah silam Rizky juga mula dikorek warganet sehingga mendedahkan dia pernah menawarkan perkhidmatan sebagai teman lelaki upahan.

Menerusi beberapa perkongsian yang tular di Twitter, Rizky didakwa melakukan kegiatan tersebut sekitar tahun 2015 dan wajahnya turut dikongsi oleh sebuah akaun yang menawarkan perkhidmatan tersebut di sekitar Jakarta. Selain itu, seorang pengguna media sosial juga mendakwa Rizky sudah memiliki anak perempuan hasil hubungan dengan seorang pemilik salon kecantikan.

Semua pendedahan ini membuatkan ramai mula membenci Rizky dan percaya dakwaan mencederakan Lesti adalah benar walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Lesti sebelum ini membuat laporan polis pada 28 September mendakwa suaminya itu melakukan keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan kecederaan selepas dia mendapat tahu Rizky berlaku curang. Kes tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk rakan artis yang menyatakan rasa simpati terhadap Lesti.

Lesti dan Rizky bernikah pada Ogos 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini berusia setahun. – Agensi

Kisah lama terbongkar, Rizky Billar didakwa pernah jadi teman lelaki upahan dan ada anak dengan wanita lain. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -