Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Kisah Missing penuh plot twist

Jika awda pernah menonton filem Searching arahan Aneesh Chaganty pada tahun 2018, pasti sahaja keterujaan yang sama bakal diperoleh menerusi filem berkonsep sama, Missing yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Biarpun diarahkan oleh pengarah berbeza, Nick Johnsonn dan Will Merrick yang ketika itu bertindak sebagai editor untuk Searching, kini kembali dengan idea yang lebih kreatif dalam Missing.

Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama June yang cuba menjejak ibunya yang hilang sewaktu percutian bersama teman lelakinya di Colombia. Pencarian June berdepan pelbagai kesukaran apabila terhalang oleh birokrasi antarabangsa.

Konsep screenlife digunakan dalam hampir keseluruhan filem ini di mana setiap kejadian yang berlaku dipaparkan dari sudut pandang layar melibatkan komputer, tablet, mahu pun telefon pintar.

Penggunaan teknologi yang begitu dekat dengan ramai orang dan bersesuaian dengan tontonan pada tahun 2023 ini.

Namun dalam masa sama, dapat dilihat bagaimana pengaruh internet juga mampu menggugat keselamatan seseorang apabila setiap langkah dapat dijejaki dengan mudah oleh pihak ketiga hanya dengan mengakses aplikasi tertentu.

Bukan satu, malah beberapa plot twist disajikan sehingga membuatkan penonton semakin teruja untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan siapakah dalang yang merancang kehilangan tersebut.

Secara keseluruhannya Missing merupakan sebuah filem yang tidak harus dilepaskan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. – Agensi

Missing merupakan sebuah filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. – Agensi
Artikel sebelum iniDurant julang kemenangan di Suns
Artikel seterusnyaTanah runtuh, 11 maut
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -