Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kisah Rohana tular di Indonesia

    JAKARTA, 17 JAN – Kisah anak pekerja Indonesia Rohana Abdullah yang diasuh wanita Malaysia berlainan bangsa tular di pelbagai platform media di republik itu sehingga kini dan mengundang simpati masyarakat Indonesia.

    Apatah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri memberikan perhatian segera dengan menghubungi Rohana dan berjanji membantu menguruskan dokumentasi status kewarganegaraan beliau.

    Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia menyokong sepenuhnya inisiatif perdana menteri, yang juga sebahagian daripada usaha dalam mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia terutama dalam soal kemanusiaan yang sangat universal.

    “Saya terharu dengan kisah Rohana dan sangat menghargai usaha perdana menteri dan kerajaan Malaysia apabila dapat sepenuhnya membantu Rohana sehingga dia mendapatkan statusnya yang pasti,” kata Ketua ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan.

    ISWAMI Indonesia turut memuji dan menzahirkan rasa hormat kepada Chee Hoi Lan, 83, guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai kakitangan pembersihan kerana menjaga Rohana seperti anak sendiri sehingga kini.

    “Ini soal kemanusiaan yang menjadi perhatian kita bersama,” kata Asro kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar Harian Metro di Malaysia yang mendedahkan dilema yang dihadapi Rohana kerana tidak mempunyai status warganegara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...