Kisah selipar Jepun yang hilang

Oleh Adiiwira

Kenapalah kampung entah berantah ini tidak pernah aman. Ada-ada saja perkara pelik yang berlaku. Ada kisah pencuri durian yang tertipu, kisah emas dan ada juga kisah orang pemarah. Kali ini terjadi satu peristiwa di masjid di kampung tersebut.

Kononnya di dalam kampung tersebut ada seorang lelaki bernama Omar. Kata betul tidak juga, kata tidak betul juga. Tapi hatinya tetap baik dan pemurah serta seorang yang ringan mulut menyapa sesiapa saja di kampung itu. Namun, dia bukan seorang yang kaya, justeru dari keadaan hidupnya dan personalitinya itu sesetengah orang kampung tidak memandangnya sebalah mata. Maka ramailah orang mempermainkannya.

Dijadikan cerita, terjadi satu kisah, si Omar ini pergi ke masjid untuk menunaikan solat jemaah. Meskipun tidak memiliki sebarang kekayaan, namun dirinya kaya dengan iman kerana dia tidak pernah tinggal solat.

Sejurus saja selesai solat jemaah di masjid, Omar terus keluar dari masjid tersebut. Ketika dia berada di luar, ia mencari selipar Jepun baharu yang baru dibelinya di kedai Ah Chai. Maklum lah selipar baharu, seorang yang tidak pernah marah tiba-tiba mengamuk.

“Ah!!Mana selipar ku ani? Ku simpan sini jua. Inda ia mengacau tu seliparku ah. Bah! Siapa yang mencuri…Baik balikkan awal ani!,” amuk Omar.

Semua yang berada di dalam masjid terus meluru keluar mendekatinya.

“Kenapa Omar? Tiba-tiba mengamuk ani?,” tegur imam Naufal.

“Seliparku kana curi imam, eh! Nada bah mengacau seliparku atu. Bah! Siapa yang mencuri balikkan semula awal ani!, jawap Omar.

Seorang yang jarang marah memang keadaannya ketika marah lebih menakutkan. Lebih-lebih lagi pada ketika itu Omar yang datang ke masjid baru pulang dari bekerja yang membawa sebilah parang. Ketika Omar marah ditakuti ia menghayunkan parangnya itu.

“Bah lakas! Siapa mencuri baik balikkan sebelum buruk padahnya!,” jelas Omar lagi.

Tiba-tiba seorang makmum yang datang bersuara “Alaaa… jangan tah marah nah, aku atu belawak saja”

Omar langsung tidak bersuara mahupun senyum malah ia memandang lelaki itu dengan muka yang serius. Makmum yang mengambil selipar Omar itu terus saja lari pulang ke rumah tanpa memandang Omar.

Lalu imam Naufal pun bertanya kepada Omar:

“Apakan kau buat Omar kalau ia inda membalikkan seliparmu?”

Omar pun menjawap:

“Apa lagi imam, terpaksa tah ku balik kaki ayam tu.”

Moral dari kisah ini, melakukan jenaka dengan niat menghiburkan orang lain boleh tapi jangan sampai mengusik hati mereka.

*Kisah ini hanya rekaan semata-mata tidak yang berkaitan dengan hidup mahupun yang sudah tiada.