Kishida hantar persembahan pokok ‘masakaki’

TOKYO, 17 OKT – Perdana Menteri baharu Jepun hari ini menghantar persembahan ritual ke Makam Yasukuni bagi menghormati mangsa yang terkorban semasa peperangan namun negara-negara jiran menganggapnya sebagai simbol ketenteraan Jepun pada masa lalu.

Fumio Kishida menghantar pokok ‘masakaki’ bagi meraikan festival tahunan makam tersebut yang diadakan pada musim bunga dan luruh, beritahu seorang jurucakap bagi makam kepada AFP.

Dua daripada menteri yang dipilih Kishida turut menghantar pokok semasa festival tersebut. Yasukuni memperingati 2.5 juta mangsa peperangan, yang kebanyakannya warga Jepun, yang terkorban sejak lewat kurun ke-19.

Namun makam Tokyo itu turut memperingati pegawai kanan tentera dan ahli politik yang disabit bersalah atas jenayah perang yang ditentukan oleh tribunal antarabangsa.

Akan tetapi perdana menteri Jepun tidak pernah menghadiri festival itu sejak 2013, apabila Shinzo Abe mencetuskan kemarahan Beijing dan Seoul dan diberikan teguran oleh sekutu rapat, Amerika Syarikat.

Bekas Perdana Menteri, Yoshihide Suga menziarahi makam tersebut hari ini, menurut jurucakap, apabila pihak penyiaran NHK menunjukkan video lawatan tersebut. – AFP

Fumio Kishida menghantar pokok ‘masakaki’ bagi meraikan festival tahunan makam Yasukuni bagi memperingati mangsa korban peperangan. – AFP