Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Kishida rancang tubuh agensi pengurusan krisis pandemik

    TOKYO, 15 JUN – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan agensi pengurusan krisis penyakit berjangkit sebagai persediaan bagi pandemik yang akan datang.

    Kishida berkata Jepun berjaya memperlahankan jangkitan COVID, tetapi masih terlalu awal untuk ‘berhenti mengambil langkah berjaga-jaga’ ketika Jepun secara beransur menyambung semula aktiviti sosial dan perniagaan serta pelancongan.

    Rancangannya ialah untuk menubuhkan agensi pengurusan krisis penyakit berjangkit sebagai tindak balas kepada kritikan bahawa kerajaannya tidak bersedia dan kurang pusat pengurusan untuk menguruskan COVID, dan halangan oleh bahagian birokratik bagi pengagihan katil hospital, pusat-pusat ujian dan pemberian vaksin.

    Kishida berkata dua institut penyelidikan penyakit berjangkit utama Jepun akan digabungkan menjadi satu dan diuruskan oleh kementerian kesihatan dan bertindak seperti Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) versi Jepun.

    Dia juga mengulangi janjinya untuk meningkatkan peranan diplomatik dan keselamatan Jepun bagi menyumbang kepada keamanan antarabangsa.

    Kishida, semasa sidang kemuncak bersama Presiden AS, Joe Biden dan para pemimpin serantau lainnya bulan lalu, turut berjanji memperkukuh kemampuan dan belanjawan tentera Jepun. Dia berkata melindungi nyawa dan memulihkan semula ekonomi adalah janji dibuatnya semasa memegang jawatan sebagai perdana menteri. – AFP

    Fumio Kishida semasa mengumumkan mengenai rancangan menubuhkan agensi pengurusan krisis penyakit berjangkit sebagai persediaan bagi pandemik yang akan datang.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...