Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kishida utamakan pertahanan, kadar kelahiran

    TOKYO, 23 JAN – Perdana Menteri Fumio Kishida hari ini berkata bahawa Jepun menghadapi persekitaran keselamatan paling teruk di rantau ini sejak berakhirnya Perang Dunia kedua dan berjanji untuk membentuk tentera di bawah strategi keselamatan yang baharu dalam tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya, dan juga menangani isu penurunan kadar kelahiran supaya negara dapat mengekalkan kekuatan negara.

    Kerajaan Kishida pada Disember lalu melaksanakan reformasi keselamatan dan pertahanan utama, termasuk keupayaan serangan balas yang bertentangan daripada prinsip lepas perang yang secara eksklusifnya hanya bagi pertahanan negara.

    Jepun berkata penempatan pemintas peluru berpandu tidak mencukupi untuk pertahanannya daripada kemajuan pesat senjata di China dan Korea Utara.

    Dalam ucapan dasar pembukaan sesi parlimen tahun ini, Kishida berkata diplomasi aktif patut diutamakan, tetapi ia memerlukan kuasa pertahanan untuk menyokongnya.

    Beliau berkata strategi keselamatan baharu Jepun adalah berdasarkan simulasi realistik “ketika kita berdepan persekitaran keselamatan yang paling teruk dan rumit sejak berakhirnya Perang Dunia kedua dan persoalan sama ada kita boleh melindungi nyawa rakyat jika dalam kecemasan.”

    Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berucap semasa sesi di dewan rendah parlimen di Tokyo. – AP

    Strategi ini bertujuan untuk mengawal cita-cita wilayah China yang semakin mendesak, namun ia juga merupakan satu isu sensitif bagi kebanyakan negara di Asia yang menjadi mangsa serangan masa perang Jepun.

    Kishida berkata ia merupakan perubahan drastik bagi dasar keselamatan Jepun, tetapi masih berada dalam batas perlembagaan pasifis dan undang-undang antarabangsa.

    “Saya menjelaskan di sini bahawa tidak akan ada sedikit pun perubahan daripada prinsip Jepun bukan nuklear dan pertahanan diri sahaja serta langkah kita sebagai negara yang cintakan keamanan,” kata Kishida.

    Bulan ini, Kishida mengadakan lawatan lima negara, termasuk Washington, untuk menerangkan rancangan pertahanan baharu Jepun dan seterusnya mengembangkan hubungan pertahanan dengan sekutunya Amerika Syarikat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...