Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Kiswah Kaabah diganti

    MEKAH, 29 JULAI – Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi dijadual diganti pada hari ini (Jumaat), selepas solat Isyak waktu tempatan sebagai simbolik kepada pembuka tirai Tahun Baharu Islam 1444 Hijrah pada Sabtu.

    Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menerusi perkongsian di Twitter menyatakan kerja-kerja penggantian Kiswah akan dikendalikan oleh 166 kakitangan jabatan, sesuai dengan tradisi tahunan.

    Arab News dalam laporannya memetik Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais sebagai berkata 200 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan Kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz.

    Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram sutera berkualiti tinggi, 120kg benang emas dan 100kg benang perak. – Bernama

    Pekerja sedang mengganti kiswah Kaabah di Mekah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...