Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kit digital Exabytes perkasa usahawan wanita

    GEORGE TOWN, 20 MAC – Firma penyelesaian perniagaan, teknologi awan, digital dan e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Exabytes merancang untuk membantu lebih 1,000 usahawan wanita dalam mengembangkan perniagaan mereka melalui pemberian set alat digital bernilai RM10,000 setiap satu.

    Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Exabytes, Ooi Poh Yan berkata ia bertujuan mengetengahkan halangan yang perlu ditangani oleh usahawan wanita selain membincangkan secara kolektif bagaimana mengatasi cabaran tersebut.

    “Dikatakan bahawa dengan kemajuan teknologi, akan timbul cabaran baharu. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kemudahan inovatif juga menunggu mereka yang cukup berdaya tahan untuk menguasai teknologi ini,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan program Accelerate Women Entrepreneurship with Exabytes (AWEWE) 2023 yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 31 Disember 2023.

    Ooi percaya kit alat digital ini akan dapat memainkan peranan penting dalam pertumbuhan usahawan wanita era sekarang.

    Kit alat digital ini merangkumi analisis laporan pengoptimuman enjin carian (SEO) yang akan menyemak laman web perniagaan serta memberi nasihat untuk penambahbaikan, akses kepada perkhidmatan berkuasa AI yang akan membantu menjana kandungan berkualiti bagi laman web mereka serta pelbagai kursus termasuk latihan dalam analisis data dan pemasaran.

    Berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada penyertaan tahun lepas, inisiatif tersebut telah membantu usahawan wanita untuk mendapat pendedahan perniagaan yang lebih luas dan pada masa yang sama, meningkatkan pasaran sasaran mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...