Kitar semula sisa elektronik jadi logam berharga

RAMALLAH – Selain dengan cara membakar sisa elektronik (e-waste) yang melanda kota Hebron di Tebing Barat, sebuah kilang Palestin mula mengitar semula bertan-tan sampah berkenaan untuk membuat sesuatu perubahan.

Selama bertahun-tahun, sejumlah besar sisa elektronik, termasuk peti sejuk, monitor komputer dan telefon bimbit, telah dibuang ke desa Idhna, sebelah barat Hebron, yang mencemari tanahnya dan menjadikannya sebagai tempat pembuangan elektronik yang menerima 200 hingga 500 tan sampah setiap hari.

Menurut pegawai Palestin, sekurang-kurangnya 60 peratus sampah elektronik yang ditumpukkan di desa Palestin yang berasal dari Israel. Selama bertahun-tahun, penduduk tempatan Palestin membakar sampah untuk mencari nafkah.

Sementara itu, rumah-rumah desa ini menempatkan sekurang-kurangnya 100 bengkel, dengan masing-masing mengupah 12 hingga 38 orang pekerja untuk membakar sisa tersebut dalam usaha mendapatkan logam berharga seperti nikel, tembaga dan timah.

Bertekad untuk mengubahsuai kaedah lama pembua-ngan sisa elektronik, Abdul Rahman al-Tomaizy, seorang aktivis alam sekitar, bersama tiga aktivis lain, mendirikan kilang pertama Hebron yang mengitar semula e-waste dengan cara mesra alam.

Seorang pekerja mengendalikan sampah elektronik kitar semula di desa Idhna di Hebron, Tebing Barat. – Xinhua

“Di dalam kilang, kami mempunyai mesin yang memisahkan bahan, dan kemudian mengasingkannya mengikut jenis seperti plastik, aluminium, besi, tembaga dan bahan lain,” kata al-Tomaizy.

“Selepas itu, kami menghantar bahan yang diasingkan kepada pekerja. Mereka akan memberinya ke kilang-kilang berkaitan,” katanya, sambil menambah kilang itu menyusun satu tan sisa setiap hari dan menjualnya ke pelbagai industri di Tebing Barat.

Walau bagaimanapun, pengeluaran kilang sekarang jauh daripada memuaskan pasaran tempatan, kata Mazen Sulaimiya, penyelia kilang tersebut. Dia berharap dapat memperoleh lebih banyak mesin yang membolehkan mereka menghasilkan 5-10 tan bahan kitar semula setiap hari.

“Selama bertahun-tahun, kawasan kami menjadi tempat pembuangan e-waste, yang mendorong ramai orang Palestin bergantung padanya untuk kekal bertahan, tetapi tidak teratur dan membahayakan alam sekitar,” tambahnya.

Dia menjelaskan kajian pada tahun 2017 menunjukkan kira-kira 2,500 keluarga Palestin dari desa Idhna, Al-Koum, Deir Samet, dan Beit Awa, yang terletak di sebelah barat Hebron, telah bergantung pada sektor ini.

“Kerana pembakaran sampah elektronik yang berterusan, pokok-pokok kami, terutama pokok zaitun, telah berubah menjadi hitam,” kata Muhammad Sulaimiya, salah satu daripada ratusan petani Palestin yang terjejas oleh pembakaran sisa elektronik sejak sekian lama.

Selain itu, pengeluaran minyak zaitun juga menurun kerana setiap 100kg zaitun di tanah bersebelahan dengan lokasi pembakaran hanya menghasilkan 7kg minyak, berbanding 19kg di daerah lain, kata petani berusia 46 tahun itu, yang kini beker-ja di kilang baharu. Sulaimiya berharap kilang tersebut dapat memperbaiki alam sekitar agar dapat menanam pokok zaitun semula. – Xinhua