Kitaran iklim La Nina mungkin muncul semula tahun ini

GENEVA, 9 SEPT – Fenomena cuaca La Nina boleh muncul semula sebelum hujung 2021 ini, selepas melemah empat bulan lalu, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, menjangkakan suhu tidak menentu meskipun ia mempengaruhi suhu dingin.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) berkata terdapat kini 40 peratus La Nina, yang kali terakhir berlaku antara Ogos 2020 dan Mei, akan muncul kembali pada hujung tahun ini.

“Namun meskipun pengaruh sejuk La Nina, suhu di kawasan daratan dijangka tidak menentu antara September dan November, terutama di hemisfera utara,” kata agensi PBB itu dalam satu kenyataan.

La Nina merujuk kepada penyejukan suhu permukaan skala besar di tengah dan timur khatulistiwa Lautan Pasifik, berlaku setiap dua ke tujuh tahun.

Kesannya telah memberi impak meluas terhadap iklim seluruh dunia – biasanya impak bertentangan dengan fenomena El Nino, yang membawa pengaruh hangat pada suhu global.

Namun WMO memberi amaran pemanasan global telah memburukkan dan menjejaskan lagi kesan fenomena semula jadi itu.

“Perubahan iklim berpunca daripada manusia telah memperluaskan lagi impak peristiwa yang berlaku secara semula jadi itu seperti La Nina dan telah meningkatkan pengaruh kepada corak iklim kita,” kata ketua WMO, Petteri Taalas dalam satu kenyataan.

Dia menekankan mengenai kepanasan dan kemarau lebih teruk, yang merangsang risiko kebakaran hutan serta banjir berleluasa.

“Kita telah menyaksikannya dengan kesan tragik yang memusnahkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini di hampir semua rantau di dunia,” katanya, memberi amaran yang ‘perubahan iklim semakin bertambah teruk dan mengakibatkan bencana sering berlaku.” – AFP