Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    KKBS agih kurma kurnia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Sebanyak 6,634 kotak kecil kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
    Brunei Darussalam telah diagihkan kepada pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) termasuk ahli keluarga mereka, hari ini.

    Majlis pengagihannya telah diadakan di Dewan Digadong, KKBS di mana penyampaiannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku tetamu kehormat.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Guru Ugama Tingkat II, Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Haji Nuurmatiin bin Haji Abu Bakar sebelum penyerahan kurma berkenaan.

    Kemudian, majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Memohon Perlindungan daripada Wabak COVID-19 oleh Haji Nuurmatiin.

    Turut hadir pada majlis itu ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai dan kakitangan KKBS.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan me-nyerahkan kurma kurnia kepada pegawai dan kakitangan KKBS.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bergambar ramai semasa majlis penyampaian kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada pegawai dan kakitangan KKBS.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...