Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

KKBS perkasakan pegawai dan kakitangan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Seramai 90 orang pegawai dan kakitangan dalam Divisyen II hingga V, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menghadiri Program Peningkatan Personel bagi KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bermula hari ini hingga 12 Ogos.

Program yang disasarkan bagi pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat lebih kurang lima tahun di kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan KKBS, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi perasmian program berkenaan ialah Setiausaha Tetap di KKBS, Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad.

Program itu merupakan rancangan jangka panjang kementerian dalam memberigakan peranan dan tanggungjawab kementerian serta jabatan-jabatan di bawahnya dan seterusnya meningkatkan pengetahuan, memantapkan serta melengkapkan setiap pegawai dan kakitangan dengan pengetahuan asas perkhidmatan awam, pendeknya program Welcome to KKBS dan Public Service Made Simple.

Haji Noor Jusmin yang menghadiri perasmian Program Peningkatan Personel KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya, kelmarin. - KKBS
Haji Noor Jusmin yang menghadiri perasmian Program Peningkatan Personel KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya, kelmarin. – KKBS
Sesi taklimat semasa program berkenaan kelmarin. - KKBS
Sesi taklimat semasa program berkenaan kelmarin. – KKBS

Program itu akan dijalankan dalam dua fasa, di mana dalam fasa pertama hampir kesemua kandungan taklimat diperoleh dari Institut Perkhidmatan Awam (IPA) yang difokuskan kepada kursus induksi di mana para peserta akan menerima sijil yang dikeluarkan oleh IPA.

Manakala itu, dalam fasa kedua program, para peserta akan mengikuti taklimat dan lawatan ke bahagian dan jabatan-jabatan menurut jadual yang telah diaturkan. Dalam fasa ini, pegawai dan kakitangan akan didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -