Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    KKBS rai 5 bakal jemaah haji

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Lima orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya diraikan dalam majlis Doa Selamat yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang turut menyerahkan sumbangan kepada bakal jemaah haji.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di KKBS, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji

    Wahsalfelah, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KKBS.

    Yang Berhormat Haji Nazmi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal jemaah haji KKBS.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan