KKBS serahkan sumbangan kewangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Bagi membantu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Bebuloh, baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan kepada pemilik rumah berkenaan, seorang balu warga emas, Dayang Damit binti Haji Bustan telah diadakan kelmarin di KKBS.

Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Hj Abdul Jalil; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid@Burut; Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir serta pegawai-pegawai kanan KKBS dan JAPEM.

Kejadian kebakaran pada 8 malam 22 Mac lalu itu telah meranapkan keseluruhan rumah banglo Dayang Damit, yang didiami oleh sembilan orang penghuni.

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan menyerahkan sumbangan kepada Dayang Damit, baru-baru ini.