Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    KKBT bermunajat secara maya

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), telah mengadakan Program Munajat Belia dan Bacaan Surah Al-Kahfi buat kali kedua secara maya baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

    Turut hadir ialah Setia-usaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dan pegawai-pegawai kanan dari KKBS dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Acara turut diisikan dengan tazkirah bertajuk ‘Belia Menjayakan Wawasan Negara’ yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

    Acara diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Doa Terhindar daripada Fitnah Dajal, Doa Memohon Terhindar daripada Wabak COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh imam dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Adee Aiman bin Haji Muhidin.

    Acara kemuncak majlis adalah bacaan surah Al-Kahfi secara beramai-ramai.

    Seramai 270 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan dan KKBS; pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Masjid dan KHEU; ahli-ahli KKBT, Kumpulan Zimmer, Kumpulan Meraih Berkah, Kumpulan Muslimah UBD, Persatuan Pengakap, Belia Permata Hijau Temburong, Belia IMPAK, Belia Masjid Ash-Shaliheen, Kumpulan Al Busyra, Belia Ibadurrahman Tutong, serta orang ramai telah menghadiri majlis itu.

    Program berkenan diharap dapat mengumpulkan para belia untuk sama-sama mempertingkatkan lagi amalan dengan memperbanyakkan doa dan zikir dalam menghadapi norma baharu Fasa Endemik COVID-19.

    Selain itu, inisiatif berkenaan adalah bagi menggalakkan orang ramai untuk membaca dan seterusnya membudayakan bacaan Surah Al-Kahfi pada setiap malam atau hari Jumaat dan memohon perlindungan Allah daripada fitnah akhir zaman dan fitnah Dajjal.

    Pengiran Dato Seri PadukaHaji Bahrom hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan secara maya itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...