Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    KKIA tidak akan mampu tampung penumpang udara

    KOTA KINABALU, 20 JULAI – Ada keperluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dipindahkan ke lokasi lebih sesuai kerana dilihat tidak lagi mampu menampung kemasukan penumpang udara pada masa hadapan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

    Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata KKIA mempunyai kapasiti 9 juta penumpang setahun dan jumlah penumpang udara pada 2019 melalui lapangan terbang itu adalah 9.4 juta, melebihi kapasiti diletakkan.

    Katanya, walaupun COVID-19 menurunkan kemasukan penumpang udara melalui KKIA, dengan 2.3 juta setahun pada 2020 dan 2.1 juta setahun pada tahun lepas, jumlah kemasukan penumpang udara dijangka pulih dalam tempoh tiga tahun lagi.

    “Sabah mempunyai potensi amat besar dalam pelancongan. Aliran trafik pasti akan meningkat dari semasa ke semasa. Pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu yang pesat mungkin tidak dapat menampung keperluan menaik taraf lapangan terbang sedia ada di masa hadapan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang) yang bertanya tentang rancangan pemindahan KKIA, yang juga pintu masuk utama ke Sabah, dari Kota Kinabalu ke Kimanis.

    Menjawab soalan tambahan Phoong tentang adakah kajian dilakukan bagi mengekalkan KKIA di Kota Kinabalu, Abidin berkata semua faktor diambil kira dalam kajian itu bagaimanapun maklumat awal mendapati kapasiti KKIA hanya sesuai dinaik taraf hingga 18 juta penumpang setahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...