Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    KKM batal notifikasi dua produk kosmetik

    PUTRAJAYA, 4 JAN – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan notifikasi dua produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk tersebut ialah Flashhskinzz Night Cream dan Rissa Skin Moisturiser, yang masing-masing mengandungi hydroquinone, manakala Rissa Skin Moisturiser juga mengandungi tretinoin serta betamethasone 17-valerate.  Beliau berkata penggunaan produk yang mengandungi bahan berkenaan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.

    “Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurutnya, hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultraungu (UV) berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...