Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    KKM jangka umum kelonggaran SOP Rabu ini

    PORT DICKSON, 24 APRIL – Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID pada Rabu ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    “Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Terdahulu, Khairy melawat lima beradik Muhammad Haidir Rodzi, 24; Muhammad Hairie, 21; Nurhairieka,19; Muhammad Haiqiel, 14 dan Muhammad Khierzamani, 8, di Bandar Sunggala di sini yang kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka Rodzi Tahar dan Nazita Idris akibat COVID pada pertengahan tahun lepas.

    Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri berkata terdapat tiga kelonggaran SOP akan diumumkan dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID di lapangan terbang. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...